Ianya Mengenai Apa
Earth Hour merupakan acara global yang diwujudkan untuk melambangkan bahawa setiap seorang daripada kita, bekerjasama, boleh membuat perubahan ke atas perubahan iklim.
Ia telah diadakan pada tahun 2007 di Sydney, Australia. Peserta mematikan semua lampu yang tidak perlu selama satu jam bagi membuat pendirian mereka terhadap perubahan iklim.
Pada tahun 2008 Earth Hour telah diadakan di peringkat antarabangsa. Dengan 35 negara di seluruh dunia yang menyertai sebagai bandar-bandar utama rasmi dan lebih 400 bandar juga turut menyokong. Earth Hour 2008 telah disambut pada semua tujuh benua.
Pada 28 Mac 2009 8:30 malam, beratus-ratus dan berjuta-juta peserta telah mengambil satu pendirian di seluruh dunia:
- 4100 bandar raya, bandar dan majlis perbandarantelah malap
- 100 lebih juta orang dewasa telah mengambil bahagian
- 1,059 ikon utama turut malap termasuk Sphinx dan Pyramids di Giza, Rome’s Coliseum dan Eiffel Tower
Earth Hour 2010
- Mencapai lebih 1 bilion orang di seluruh dunia dalam lebih daripada 5,000 bandar
- Melibatkan masyarakat dalam lebih 6,000 bandar-bandar dan majlis perbandaran dan melibatkan orang ramai yang banyak
- Memberikan mandat visual dan membentangkan suara dari rakyat kepada Kerajaan Global untuk membuat perubahan sebenar
- Brunei menyertai Earth Hour secara rasmi


Earth Hour 2011
- Ia telah diadakan pada 26 Mac 2011, 8:30 malam
- Earth Hour tahun ini, adalah permulaan untuk menjadikannya lebih daripada satu jam, dan lebih daripada perubahan iklim. Earth Hour telah menggalakkan para peserta untuk membuat perubahan berterusan ‘lebih daripada satu jam’ untuk mengurangkan impak mereka terhadap alam sekitar pada asas yang berterusan.
- Kami memperkenalkan satu platform untuk merakam apa yang sedang dilakukan, perubahanyang sedang berlaku di dunia kita, dan untuk membolehkan tindakan-tindakan tersebut supaya dapat memberi inspirasi kepada yang lain.
- Kami memperkenalkan ‘perlumbaan lebih daripada satu jam’ sebagai salah satu cara untuk menunjukkankomitmen untuk perubahan yang berterusan.
- Hampir kesemua aktiviti yang dilakukan di Brunei adalah idea-idea yang diberikan oleh orang ramai, kerana kami percaya bahawa Earth Hour hak-milik orang ramai untuk kita semua.
- Tahun ke 5 Earth Hour, kami merekodkan 135 negara, 5251 Bandar Terkemuka, Kota danMajlis Perbandaran telah mematikan lampu mereka.
- 1,788 mercu tanda di seluruh dunia berdiri dalam kegelapan selama satu jam termasuk 4 mercu tanda dari Brunei.






Earth Hour 2012
- Ia akan diadakan pada 31 Mac 2012, 8:30 malam

